MAJLIS PERKAHWINAN AIE & YANTI

Pada tarikh 27/11/2010,ahli persatuan Kompang Seni Warisan,aie,secara rasminya telah menjadi suami kepada Yanti.Majlis akad nikah telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Desa Pandan pada jam 11.40 pagi. Persatuan Kompang Seni Warisan telah memeriahkan majlis malam berinai dan majlis persandingan kedua-dua pengantin dengan permainan kompang selama lebih setengah jam pada majlis persandingan.
Ahli-ahli Persatuan Kompang Seni Warisan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan kami doakan agar KAMU BERDUA BERBAHAGIA MENGHARUNGI ALAM RUMAH TANGGA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

pengantin lelaki ketika menunggu tok kadi tiba.

ketika menghiburkan kedua-dua mempelai dan tetamu yang hadir

antara ahli yang hadir memeriahkan majlis

bacaan doa setelah majlis akad nikah

MAJLIS PERKAHWINAN PIJUL & SITI

di rumah pengantinperempuan



ahli bergambar bersama pengantin

persembahan di rumah pengantin lelaki

Pada tarikh 24/07/2010,ahli persatuan Kompang Seni Warisan,PIJUL,secara rasminya telah menjadi suami kepada pasangannya, SITI YUSMALIZA,.Majlis akad nikah telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Kg. Sg Tangkas pada jam 2.30 petang. Persatuan Kompang Seni Warisan telah memeriahkan majlis malam berinai dan majlis persandingan kedua-dua pengantin di rumah pengantin perempuan dan lelaki di Kg Bahagia,bangi dengan permainan kompang selama hampir satu jam pada majlis persandingan di kedua-dua belah pihak pengantin.
Ahli-ahli Persatuan Kompang Seni Warisan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan kami doakan agar KAMU BERDUA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU.

INFORMASI

Persatuan Kompang Seni Warisan sedia menerima tempahan untuk semua majlis.
Untuk tempahan/pertanyaan,sila hubungi:

En.Khalid   : 012-2765592
En.Hairi      :017-6619374
En.Pijan      : 017-2810009

* Dinasihatkan agar membuat tempahan awal agar pihak kami dapat memberikan jawapan dengan segera kerana dikhuatiri jadual kami padat pada tarikh yang diminta oleh pihak tuan/puan terutamanya pada musim cuti sekolah dan musim perayaan.Pihak kami akan berusaha untuk memenuhi setiap tempahan/permintaan tuan/puan.

KOMPANG SENI WARISAN,KG BAHAGIA.

Assalamualaikum w.b.t,

   Persatuan Kompang Seni Warisan adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan oleh pemuda-pemuda Kampung Bahagia,Bangi.Ia adalah kesinambungan persatuan kompang yang telah wujud di Kampung Bahagia. Sebelum ini,persatuan kompang di Kampung Bahagia dikenali dengan nama Persatuan Kompang Kg Bahagia.
    Persatuan Kompang Seni Warisan telah ditubuhkan atas usaha oleh pemuda-pemuda Kampung Bahagia dan telah dilatih dan dibimbing awal oleh En.Iwan (brader botak) yang berasal dari Melaka dan mahir dalam permainan dan seni permainan kompang dan kini telah dibimbing oleh mereka-mereka yang mahir dalam permainan kompang.
   Persatuan Kompang Seni Warisan kini dianggotai seramai 30 orang ahli dan diterajui oleh En.khalid dan En.fadzli (aie) dan sering menerima tempahan  untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan,perasmian majlis tertentu,menyambut kehadiran vvip/vip,persembahan dan pertunjukan.Maklum balas yang diterima selepas permainan adalah amat baik sekali.
   Kini,Persatuan Kompang Seni Warisan sedang melatih pelapis-pelapis yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja berusia dari 7 tahun hingga 14 tahun untuk meneruskan seni ini selain memberikan golongan-golonggan muda ini mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.