Polemik,pemuda,budaya dan rokok seludup

Pasti sedara-sedara merasa terkejut bila terbaca tajuk rencana saya kali ini..tiadalah benda yang serius dalam rencana ini cuma tajuk ini saya rasa sedap didengar..

Untuk pengetahuan sedara-sedara 90 peratus pemuda-pemuda kg bahagia merupakan penghisap rokok tegar termasuk saye sendiri.yang selebihnya yaitu 10 persen tidak menghisap rokok kerna sudah bepikiran matang ataupun tidak bejiwa rebell..

Pemuda-pemuda kg ini tidaklah mempunyai hobi yang elok-elok selain menghisap rokok,maka terbahagilah berbagai jenis pilihan rokok..rokok seludup merupakan pilihan/alternatif atau jalan terbaik bagi mereka,daripada mereka meminta-minta,inilah realitinya tuan-tuan..

Rata-rata pilihan rokok seludup ini terdiri dari rokok jenama bola,rokok bola coraknya seperti bola tango mexico world cup 1986 ,saye sudah beberapa kali menghisap rokok ini rasanya seperti sakit di hati,tembakaunya seperti kulit bola diblend,lain-lain jenama ialah rokok john,rokok manchester,rokok luffman,rokok texas 5..

pemuda-pemuda yang sering menghisap rokok seludup sering mengeluarkan dialog sebegini "rasa rokok ini kira okay la dia ade rase macam dunhill sikit-sikit"mereka sanggup menipu diri mereka sendiri malah rakan-rakan.Hanya pemuda-pemuda yang tabah sahaja mampu menghisap rokok seludup ini saya ulangi yang   tabah sahaja..ketabahan mereka-mereka inilah yang menyebabkan pembeli rokok sedap-sedap menyimpan rokok mereka didalam poket....saye ulangi tuan tuan simpanlah rokok sedap didalam poket,didalam poket...

selamat pengantin baru..KAMIL



kompang seni warisan ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kamil dengan pasangan,Puan Lisa yang dah selamat diijab kabulkan pada 11/06/2009..
semoga jodoh kalian kekal selama-lamanya...
Gua nak belia macam ni!!!
SEPATUTNYA BELIA


Petang ahad yang panas,gua ke putrajaya pergi tengok-tengok belia-belia,semua belia kumpul diorang
nak buat...buat...ceh takkan itu pun gua nak bagitahu..
Gua sampai-sampai je,memang dah cukup ramai,padat,semua jenis belia ade,namakan je,belia bisnes MLM,belia makwe lawa,belia bohjan,belia yang dah tak jadik orang,makwe belia,makmakwe belia pun ade,ramai...tapi diorang tak rasa ape yang belia-belia terdahulu macam gua dengan belia kg gua ni rasa

Dulu gua jadi belia,gua dengan budak-budak belia kg bukan tahu pun nak buat ape,ape yang gua dengan budak-budak belia tahu semangat je,sikit-sikit semangat,lepas tu kena suruh.Bukanya runcit-runcit punya suruhan.tolong kenduri pun belia,tolong pasang khemah kawin,belia,kerja kawin pun belia,jadi jiran tetangga pun suruh belia,tolong gantung poster lepas tu kena tipu pun belia,bab pasang poster tu sampai sekarang gua dengan ramai jugak budak belia yg dendam,tapi gua tabah orang cakap orang yang kena aniaya,kena fitnah,kena sebar video,miskin pulak tu akan berjaya..bab dendam tetap dendam,tapi takde la gua doa-doa,sebab gua nak doa untuk diri sendiri pun jarang,bukan tak pernah doa tapi jarang..orang muda macam gua kalau tak berdendam tak garang pulak,dah ade dendam baru la  nampak macam ade musuh....


Berbalik ke putrajaya,hari belia memang pesta habis,harap tahun depan buat lagi..dengar cerita kg gua nak buat perhimpunan puteri selangor jadi ke???Gua boleh je kena suruh!!