KOMPANG SENI WARISAN,KG BAHAGIA.

Assalamualaikum w.b.t,

   Persatuan Kompang Seni Warisan adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan oleh pemuda-pemuda Kampung Bahagia,Bangi.Ia adalah kesinambungan persatuan kompang yang telah wujud di Kampung Bahagia. Sebelum ini,persatuan kompang di Kampung Bahagia dikenali dengan nama Persatuan Kompang Kg Bahagia.
    Persatuan Kompang Seni Warisan telah ditubuhkan atas usaha oleh pemuda-pemuda Kampung Bahagia dan telah dilatih dan dibimbing awal oleh En.Iwan (brader botak) yang berasal dari Melaka dan mahir dalam permainan dan seni permainan kompang dan kini telah dibimbing oleh mereka-mereka yang mahir dalam permainan kompang.
   Persatuan Kompang Seni Warisan kini dianggotai seramai 30 orang ahli dan diterajui oleh En.khalid dan En.fadzli (aie) dan sering menerima tempahan  untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan,perasmian majlis tertentu,menyambut kehadiran vvip/vip,persembahan dan pertunjukan.Maklum balas yang diterima selepas permainan adalah amat baik sekali.
   Kini,Persatuan Kompang Seni Warisan sedang melatih pelapis-pelapis yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja berusia dari 7 tahun hingga 14 tahun untuk meneruskan seni ini selain memberikan golongan-golonggan muda ini mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan