ISA BABA

Isa Mahad atau lebih dikenali dengan nama ISA BABE telah selamat diijab kabulkan dengan wanita dari FELDA TEBANGAU pada hari sabtu,10.12.2011.Kumpulan Kompang Seni Warisan Junior telah dibawa khas untuk memeriahkan majlis persandingan di sana..

AHLI KOMPANG SENI WARISAN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
ISA DAN PASANGAN






AHLI KOMPANG SENI WARISAN Jr YANG DIBAWA KHAS

BURGER POWER

Umumnya warga kg bahagia telah pun menyedari dan merasakan bahang percikan api perniagaan beger oleh tiga pemuda yang tak menjadi orang,walaupun mereka-mereka ini tak menjadi,tapi mereka mempunyai persona mereka tersendiri,tetapi mereka-mereka tak pernah sekalipun sedar,ini sebab mereka masih hijau untuk mengenal apa itu ilmu mengenal diri,hakikat insan dan hakikat perjuangan harmoni..

Berbalik kepada perniagaan berasaskan makanan segera mereka ini,beger power ni tidak mengunakan resepi-resepi rahsia ataupun bahan-bahan ajaib..Semua bahan-bahan yang digunakan mereka boleh dapat dekat family store,family store ni bukan calang-calang punya store ramai jugak orang kg yang warak-warak membeli belah kat situ,hari tu je gua dah ade nampak penghulu osman selang dua hari gua nampak pulak imam ayub wiring,bapak gua pun dah gemar ke family store senang masuk duit talipon katanya...Satu lagi kedai ialah kedai abang man beger,abg man beger ni legend beger kat bangi,gua pernah terkeliru samada nama dia ramly ataupun abg man,hebatkan...

Beger power diorang ni dahla pakai daging ramly,daging ramly ni tak payah ceritalah memang dah menang membeli menang memakai.Adunan rasa dia pulak mereka gemar pakai sos cili,mayonis,thousand island,seasoning,worchestershire sauce lee & perrins,lada sulah,lada hitam,marjerin,roti lembut...

Bab tukang masak pulak,diorang ade 3 pakar memasak.berlainan citarasa ,time nak bukak stall bukanlah main riang berjenaka,senda loka,tapi belakang gaduh la,tak ngamla,datang lewat,mandi lama,hantar makwe la..tapi bab resepi masing-masing punya stail.yang sorang suka masak garing-garing,yang sorang pulak cakap bila garing daging hilang rasa,melainkan daging masak sambal..yang sorang taknak tekan daging takut jus daging,dari plasma daging keluar buat rasa mual...power kan
Pada gua diorang semua terell-terell,..masing masak pakai jiwa pakai art bab untung rugi kerja tuhan barulah beger tu ikhlas.....Pesanan gua kalau kamu semua nak beli beger power mereka,jangan lah kamu sekadar makan tapi cuba RASA,rasa,rasa!!!!

Polemik,pemuda,budaya dan rokok seludup

Pasti sedara-sedara merasa terkejut bila terbaca tajuk rencana saya kali ini..tiadalah benda yang serius dalam rencana ini cuma tajuk ini saya rasa sedap didengar..

Untuk pengetahuan sedara-sedara 90 peratus pemuda-pemuda kg bahagia merupakan penghisap rokok tegar termasuk saye sendiri.yang selebihnya yaitu 10 persen tidak menghisap rokok kerna sudah bepikiran matang ataupun tidak bejiwa rebell..

Pemuda-pemuda kg ini tidaklah mempunyai hobi yang elok-elok selain menghisap rokok,maka terbahagilah berbagai jenis pilihan rokok..rokok seludup merupakan pilihan/alternatif atau jalan terbaik bagi mereka,daripada mereka meminta-minta,inilah realitinya tuan-tuan..

Rata-rata pilihan rokok seludup ini terdiri dari rokok jenama bola,rokok bola coraknya seperti bola tango mexico world cup 1986 ,saye sudah beberapa kali menghisap rokok ini rasanya seperti sakit di hati,tembakaunya seperti kulit bola diblend,lain-lain jenama ialah rokok john,rokok manchester,rokok luffman,rokok texas 5..

pemuda-pemuda yang sering menghisap rokok seludup sering mengeluarkan dialog sebegini "rasa rokok ini kira okay la dia ade rase macam dunhill sikit-sikit"mereka sanggup menipu diri mereka sendiri malah rakan-rakan.Hanya pemuda-pemuda yang tabah sahaja mampu menghisap rokok seludup ini saya ulangi yang   tabah sahaja..ketabahan mereka-mereka inilah yang menyebabkan pembeli rokok sedap-sedap menyimpan rokok mereka didalam poket....saye ulangi tuan tuan simpanlah rokok sedap didalam poket,didalam poket...

selamat pengantin baru..KAMIL



kompang seni warisan ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kamil dengan pasangan,Puan Lisa yang dah selamat diijab kabulkan pada 11/06/2009..
semoga jodoh kalian kekal selama-lamanya...
Gua nak belia macam ni!!!
SEPATUTNYA BELIA


Petang ahad yang panas,gua ke putrajaya pergi tengok-tengok belia-belia,semua belia kumpul diorang
nak buat...buat...ceh takkan itu pun gua nak bagitahu..
Gua sampai-sampai je,memang dah cukup ramai,padat,semua jenis belia ade,namakan je,belia bisnes MLM,belia makwe lawa,belia bohjan,belia yang dah tak jadik orang,makwe belia,makmakwe belia pun ade,ramai...tapi diorang tak rasa ape yang belia-belia terdahulu macam gua dengan belia kg gua ni rasa

Dulu gua jadi belia,gua dengan budak-budak belia kg bukan tahu pun nak buat ape,ape yang gua dengan budak-budak belia tahu semangat je,sikit-sikit semangat,lepas tu kena suruh.Bukanya runcit-runcit punya suruhan.tolong kenduri pun belia,tolong pasang khemah kawin,belia,kerja kawin pun belia,jadi jiran tetangga pun suruh belia,tolong gantung poster lepas tu kena tipu pun belia,bab pasang poster tu sampai sekarang gua dengan ramai jugak budak belia yg dendam,tapi gua tabah orang cakap orang yang kena aniaya,kena fitnah,kena sebar video,miskin pulak tu akan berjaya..bab dendam tetap dendam,tapi takde la gua doa-doa,sebab gua nak doa untuk diri sendiri pun jarang,bukan tak pernah doa tapi jarang..orang muda macam gua kalau tak berdendam tak garang pulak,dah ade dendam baru la  nampak macam ade musuh....


Berbalik ke putrajaya,hari belia memang pesta habis,harap tahun depan buat lagi..dengar cerita kg gua nak buat perhimpunan puteri selangor jadi ke???Gua boleh je kena suruh!!

GAMBAR MUKA AHLI KOMPANG

ahli-ahli kompang seni warisan




kepada yang gambar tak ada dalam gambar ni,sila message kat facebook..

d