Polemik,pemuda,budaya dan rokok seludup

Pasti sedara-sedara merasa terkejut bila terbaca tajuk rencana saya kali ini..tiadalah benda yang serius dalam rencana ini cuma tajuk ini saya rasa sedap didengar..

Untuk pengetahuan sedara-sedara 90 peratus pemuda-pemuda kg bahagia merupakan penghisap rokok tegar termasuk saye sendiri.yang selebihnya yaitu 10 persen tidak menghisap rokok kerna sudah bepikiran matang ataupun tidak bejiwa rebell..

Pemuda-pemuda kg ini tidaklah mempunyai hobi yang elok-elok selain menghisap rokok,maka terbahagilah berbagai jenis pilihan rokok..rokok seludup merupakan pilihan/alternatif atau jalan terbaik bagi mereka,daripada mereka meminta-minta,inilah realitinya tuan-tuan..

Rata-rata pilihan rokok seludup ini terdiri dari rokok jenama bola,rokok bola coraknya seperti bola tango mexico world cup 1986 ,saye sudah beberapa kali menghisap rokok ini rasanya seperti sakit di hati,tembakaunya seperti kulit bola diblend,lain-lain jenama ialah rokok john,rokok manchester,rokok luffman,rokok texas 5..

pemuda-pemuda yang sering menghisap rokok seludup sering mengeluarkan dialog sebegini "rasa rokok ini kira okay la dia ade rase macam dunhill sikit-sikit"mereka sanggup menipu diri mereka sendiri malah rakan-rakan.Hanya pemuda-pemuda yang tabah sahaja mampu menghisap rokok seludup ini saya ulangi yang   tabah sahaja..ketabahan mereka-mereka inilah yang menyebabkan pembeli rokok sedap-sedap menyimpan rokok mereka didalam poket....saye ulangi tuan tuan simpanlah rokok sedap didalam poket,didalam poket...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan