FIESTA DEMAM BOLA BERMULA..


Fiesta Demam Bola Kg Bahagia telah bemalu pada 18/12/2010. Fiesta ini telah dimulakan dengan pertandingan permainan bolasepak Fifa Playstation. Acara ini telah dijalankan di Balai Raya Kg Bahagia. Pertandingan ini bermula pada jam 9 pagi dan berhenti rehat pada jam 11.45 pagi bagi memberi laluan kepada ahli-ahli Persatuan Kompang Seni Warisan mengadakan persembahan dimajlis perkahwinan di Bandar Bukit Mahkota,ini kerana kebanyakan ahli persatuan terlibat didalam pertandingan ini sebagai peserta dan juga urusetia. Pertandingan telah disambung semula pada jam 2.30 petang. Pertandingan ini telah dijuarai oleh Ahmad Bin Razak (eddy). Pertandingan tamat pada jam 5.30 petang dan Fiesta ini disambung pada 19/12/2010 untuk acara kemuncak,iaitu pertandingan bolasepak 7 sebelah di padang Kg Bahagia Bangi.



Antara aksi hari pertandingan.............................


                          perlawanan pembukaan antara Ajey (baju biru) menentang Rapet (pakai topi).


                                                   TV lcd jenama LG yang ditaja oleh Ajey...

   
Ketua urusetia game playstation,Apit (baju oren) yang menguruskan dan mengatur setiap perlawanan,menerima setiap bantahan dari peserta (jika ada bantahan) dibantu oleh Khalid (baju hitam koler emas) sedang memberi taklimat dan menerangkan peraturan pertandingan kepada peserta.                       




Juara pertandingan,eddy(sedang merokok) yang berjaya membawa pulang hadiah lumayan,iaitu sebuah hamper bernilai RM150.



Ahli Persatuan Kompang,Pijan (pakai topi jenama quicksilver) merangkap ketua Kelab Penyokong Pasukan Bolasepak Kg.Bahagia serta ajk kerja Fiesa Demam Bola sedang memerhatikan perjalanan pertandingan agar berjalan lancar



Antara ahli persatuan kompang menjadi peserta dan urusetia pertandingan menunggu pertandingan dimulakan semula selepas rehat.(herman(buat simbol peace),khalid(baju hitam koler emas),Ca-e(baju putih),tege(rambut belah tepi))

             Along (rokok di telinga) disamping jurulatihnya,Rapet (baju putih) menentang Amai (pakai topi).


Esham (baju tak berlengan) yang mendapat sokongan padu dari penonton namun tetap dapat ditewaskan oleh Eddy (baju merah)


     Ajey (baju biru malaysia) menentang Esham yang diberikan sokongan padu dari penyokong setianya.


En.Zahir,antara yang dijemput hadir sebagai tetamu kehormat


Along Cicik (baju putih dan bermata kecik) dan Awam sempat membaca akhbar Metro ruangan gosip dan hiburan ketika menunggu giliran.

Antara peserta dan urusetia yang tiba awal di venue pertandingan.



**terdapat banyak gambar peserta yang tidak dapat dipaparkan kerana masalah teknikal, dan bahan,harap maaf.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan