MENJELANG FIESTA DEMAM BOLA KG BAHAGIA...

Fiesta Demam Bola,Kg Bahagia yang akan berlangsung selama 2 hari,iaitu pada 18/12/2010 hingga 19/12/2010. Persiapan bagi menjayakan Fiesta ini telah giat dijalankan oleh pemuda-pemuda bagi memastikan segala rancangan berjalan dengan lancar. Walaupun kebanyakkan acara-acara yang dijalankan terutamanya acara utama,iaitu pertandingan bolasepak 6 sebelah dijalankan secara tertutup,iaitu hanya dibuka kepada pemuda Kampung Bahagia dan mereka-mereka yang dijemput sahaja,namun persiapannya bagaikan menghadapi kejohanan yang besar.
 
antara sukarelawan ketika membuat garisan di padang.(dari kanan:khalid,ajey,edy,herman.belakang:buyung gadang)

sukarelawan memadam api yang merabak ke bahagian hutan berhampiran padang.

khalid dan muyat sedang memerhati hasil kerja mereka.

mereka bukan penagih dadah,walaupun gaya dan perlakukan mereka agak mencurigakan.

buyung gadang hanya mampu tersenyum ketika dibuli oleh herman dan ajey

   apit: tul ke korang leh padam ni,kang terbakar umah makcik ayip tu lak..
    awam: lu jangan risau la,gua leh handle..dulu kat sekolah gua ajk kadet bomba..
    ajey: gua ajk persatuan bahasa melayu



                             esham:korang masak pe tu?nak sikit
                                      ijam:gua ngah bakar buah beranggan,lu nak masak sendiri..

           "ni yg den tak ghomar ni,yg den bakar kek sano tapi sini lak yg borasap,do kampung bunian ko kek sini"


ahli sukarelawan menerima kata-kata semangat dari ketua sukarelawa,Ajey.(tidak berbaju)


kebakaran akhirnya berjaya dpadamkan dengan kepakaran dan pengalaman awam sebagai ajk kadet bomba di sekolah dulu dan juga pengalaman ijam sebagai ketua kawat PBSM di sekolahnya.apit tersenyum kepuasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan