FIESTA DEMAM BOLA KG BAHAGIA

KELAB BOLASEPAK KG BAHAGIA (KBFC) akan mengadakan FIESTA DEMAM BOLA pada 18/12-19/12/2010 di padang Kg Bahagia. Beberapa program akan dijalankan seperti pertandingan berpasukan 7 sebelah (tertutup),permainan komputer playstation,timbang bola dan teka kacang.
     Ia merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh KBFC. Acara pertandingan bolasepak 7 sebelah dijalankan secara tertutup,iaitu hanya disertai oleh warga Kg Bahagia dan pasukan jemputan. Pada tahun lalu,KBFC telah menjemput warga Myanmar yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi untuk menghantar satu pasukan menyertai kejohanan ini dan telah mendapat tempat kedua pada kejohanan yang lepas.
     KOMPANG SENI WARISAN (KSW)  akan turut serta  dalam fiesta ini kerana kebanyakan ahli  KSW adalah pemain-pemain bola Kg Bahagia serta urusetia fiesta ini.
     Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan dan menyertai pertandingan-pertandingan yang dijalankan.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan