FIESTA DEMAM BOLA..FINALE

Fiesta Demam Bola,Kg Bahagia sampai ke acara kemuncak pada 19/12/2010 iaitu pertandingan bolasepak 7 sebelah.Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian,Pelesit kota,Langsuir Liar,Bazooka Sepi dan Caparela 'yeke'.Perlawanan telah dijalankan secara liga dimana setiap pasukan akan bermain sebanyak 6 perlawanan. Pertandingan telah bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Majlis pembukaan  telah dirasmikan olen En.Azlan Bin Nordin,Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Bahagia. Pertandingan ini telah menerima khidmat pengadil jemputan iaitu En. Ijam Tuan bagi mengadili semua perlawanan.Pada tahun ini,pasukan Chaparela 'yeke' telah menjuarai kejohanan dan berjaya membawa pulang sebuah hamper,pemain terbaik pula diberi kepada EDDY,penjaring terbanyak pula jatuh kepada TEGE dengan 26 jaringan sepanjang kejohanan. Selain pertandingan bolasepak,peraduan teka kacang dan karaoke juga dijalankan oleh penganjur bagi memeriahkan lagi kejohanan.






 Bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz sebelum bermula majlis perasmian.


 Pemain mengaminkan doa.



                             Para pemain sedang mendengar amanat dari Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK ketika berucap pada majlis perasmian kejohanan.


En.Azlan yang akan menendang bola kearah pemain beserta dengan letupan-letupan mercun bola dan ketupat merupakan acara simbolik majlis perasmian.


 En.Azlan menendang bola kearah pemain.


Nandok sempat mengukir senyuman kepada lensar kamera ketika membuat warm up.


Senaman aerobik antara acara yang diadakan oleh penganjur yang dipimpin oleh  As.



                                         As sedang memimpin pemain ketika senaman aerobik.



 As dibantu oleh Along Mahad yang mempunyai juga kepakaran didalam senaman aerobik


Pemain dan penonton sedang bersantai sebelum perlawanan bermula


Aksi pemain sebelum kejohanan bermula.



Apit merangkap urusetia dan Eddy sedang membuat persiapan awal.


Ijam menjadi MC majlis. 


Watak jahat bagi pasukan Capalrela 'yeke'.


En.Ijam Tuan,pengadil jemputan yang juga mempunyai pengiktirafan dari Persatuan Pengadil-Pengadil Kampung Sekitar Kajang dan juga sering menyertai pertanding karaoke.

Pemain-pemain tidak melepaskan peluang bergambar dengan pengadil jemputan.


En.Zahir sedang mengambil karbohidrat dan kolesterol bagi menambah dan memaksimumkan tenaganya.


Herman (membuat simbol peace),Ijam (tersenyum lebar) dan Apit (stokin hitam) bergambar kenang-kenangan.

Rapet,pemain yang sedang meningkat sedang membuat persiapan


  En.Ipin dan En.Husin,penjaga sound sistem.Juga dimeja urusetia terdapat sebuah balang kacang bagi peraduan teka kacang
Eboy,peminat dan penyokong setia pasukan bolasepak Kg.Bahagia dan Selangor sedang menikmati air yang disediakan.

GAMBAR-GAMBAR PASUKAN:









 AKSI-AKSI PERLAWANAN:





 Ijam diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan kerana menjatuhkan pengadil dengan sliding pengadil itu akibat ketidak puasan hatinya dengan tindakan-tindakan pengadil yang dianggapnya berat sebelah.


 Ijam yang masih tidak berpuas hati cuba membaling pengadil dengan bola tapi tidak berjaya kerana pengadil berjaya menangkap bola yang dibalingnya.

Ijam Jack (jersi no.4) membuat rembatan yang tak dijangka sehingga mengejutkan Atok (seluar putih,terkangkang) dan Syawal (seluar merah,mengepit kedua-dua peha).




 kedua-dua pemain ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama.

Pemain terbaik kejohanan.



 En.Zahir yang tidak berpuas hati dengan rakan sepasukan kerana tidak memberi bola kepadanya dan peluang kepadanya menunjukkan bakat sebagai penjaring gol yang hebat.



 Aksi pelik ditunjjukan oleh Atok (baju oren) dan Ijam (baju hitam berlang-belang) yang diperhatikan oleh syawal dan Pijul (goalkepeer).


Perbalahan diluar padang perkara biasa didalam bolasepak.

pemenang kasut emas kejohanan.



Lagi pemain mengambil kesempatan bergambar dengan pengadil jemputan.


  Hadiah yang menjadi buruan merupakan hamper yang beharga RM300.00 bagi tempat pertama,juga didalam gamabr hamper untuk peraduan teka kacang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan